Video Membeli Belah di Tg Balai


Membeli belah di Tg. Balai

video

Sampai di Tg. Balai, kami menaiki Kijang yang disewa khas. Kijang ini dapat memuatkan 7 orang penumpang. Kami membeli belah di bandar Tg. Balai. Suasana  di sini seperti di tempat kami zaman tahun 70 an di mana kebanyakan bangunan adalah reka bentuk lama. Kami  menyusur dari satu kedai ke satu kedai . Bukan nak beli sangat. Tapi kalau ada yang berkenan di hati beli lah juga untuk dibawa sebagai ole-ole ke Malaysia.

video

Pancagam sebagai iklan alat telekomunikasi

Ketika kami menyusur dari satu kedai ke satu kedai, kami dikejutkan dengan bunyi bising. Bila kami  lihat rupa-rupanya  pancaragam sedang dimainkan. Kami ingat mesti ada  upacara pengkebumian jenazah bagi penganut ugama Buddha. Sangkaan kami salah. Bila kami amati rupa-rupanya pancaragam ini sebagai tarikan alat telekomunikasi  di Tg. Balai.